KUALA LUMPUR: Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Beliau berkata setakat ini empat syarikat penerbangan Malaysia menyediakan perkhidmatan penerbangan ke Kota Bharu dengan jumlah kekerapan 129 penerbangan seminggu dari enam destinasi iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching, Pulau Pinang dan Subang.
"Kerajaan sentiasa menggalakkan syarikat penerbangan negara untuk meningkatkan kapasiti penerbangan semasa musim perayaan khususnya di laluan yang mempunyai permintaan tinggi termasuk ke Kota Bharu," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff yang ingin tahu jumlah penerbangan domestik ke Kelantan setiap hari terutamanya pada musim perayaan dan sama ada kerajaan berhasrat menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) menjadi lapangan terbang antarabangsa.
Menjawab kepada persoalan itu, Hasbi berkata fasa satu projek menaik taraf LTSIP dijangka siap pada 30 April ini diikuti dengan fasa dua 26 Jan 2025.
"Apabila projek menaik taraf tersebut disempurnakan pada 2025, LTSIP dapat menampung kapasiti empat juta penumpang setahun," katanya.
Beliau berkata meskipun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia tetap berperanan sebagai pengantara kepada enam lapangan terbang antarabangsa negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru.
"Walaupun LTSIP tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa, ia masih menerima dan boleh mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa seperti Lapangan Terbang Miri dan Ipoh yang mempunyai penerbangan ke Singapura," katanya.
Hasni berkata sebarang cadangan untuk menyedia dan menambah kekerapan jadual penerbangan bagi mana-mana laluan termasuk laluan ke LTSIP merupakan perancangan yang ditentukan sendiri oleh syarikat penerbangan berdasarkan daya maju komersial sesuatu laluan.
Bagaimanapun, katanya ia tertakluk kepada kelulusan daripada Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (CAAM)
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah ketika Sidang Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
MSPO disaran tumpu aspek beri nilai tambah kepada industri sawit negara
Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) disarankan memberikan perhatian kepada tiga perkara untuk memastikannya dapat teru
Amnesty International dakwa China ugut pelajar terlibat aktivisme politik
Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International mendakwa China menyasarkan pelajar di luar negara yang terbabit dalam aktivisme politik dengan beberapa pelajar melaporkan gangguan terhadap ahli keluarga.
Arab Saudi nasihat umat Islam jangan terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan ikla palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Shakilla Khoriri luah rasa syukur dapat hak hadanah interim anak
Shakilla menerusi Instagram miliknya pada petang Isnin memberitahu dia yakin dengan doa dan perancangan Allah untuk dirinya serta keluarga.
GPS harap PM pertimbang wakil Sarawak jadi Speaker Dewan Negara
GPS berharap Perdana Menteri mempertimbangkan wakil Sarawak bagi menggantikan mendiang Datuk Mutang Tagal sebagai Yang Dipertua Dewan Negara.
[TERKINI] Lagi pokok tumbang, sebuah kereta dihempap
Difahamkan sebuah kenderaan dihempap pokok dalam di hadapan Kuwait Bank, berdekatan Jalan Pinang di ibu negara.
Hari Jururawat Antarabangsa: 500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Al-Daqran menyeru komuniti antarabangsa dan orang-orang yang bebas di dunia untuk melindungi petugas perubatan dan institusi kesihatan serta menjenayahkan serangan terhadap mereka.
Penghayatan Hadis 40 Imam al-Nawawi diperluas ke Tabika Kemas
Kurikulum Pendidikan Islam di Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) seluruh negara akan dimantapkan lagi dengan modul pembelajaran Hadis 40 Imam al-Nawawi yang dijangka bermula Jun ini.
Arab Saudi nasihat umat Islam tidak terpedaya iklan palsu haji di media sosial
Pihak Keselamatan Awam Arab Saudi pada Isnin menasihatkan umat Islam supaya tidak terpengaruh dengan iklan palsu yang menawarkan perkhidmatan haji di laman media sosial.
Pengurus bangunan menyamar Ketua Polis Johor didenda RM1,000
Seorang pengurus bangunan didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah menyamar sebagai Ketua Polis Johor.
Aidilfitri: Kerajaan tambah 60 penerbangan ke Kota Bharu
Kerajaan telah meluluskan 60 penerbangan tambahan ke Kota Bharu, Kelantan melibatkan 15,962 tempat duduk sempena musim perayaan Aidilfitri ini.